
Mengenai Kami
Visi Kami
Untuk menjadi organisasi peneraju di Malaysia dalam membantu membina masyarakat yang makmur, berdaya saing, dan inklusif melalui pelbagai inisiatif dengan kerjasama pihak kerajaan dan juga swasta.
Misi Kami
Untuk merealisasikan visi ini, organisasi kami akan fokus pada 6 perkara utama iaitu:
-
Pembangunan Komuniti: membantu menggubal projek pembangunan
komuniti yang tertumpu kepada peningkatan infrastruktur, kemudahan
sanitasi, dan program kehidupan lestari untuk rakyat seluruh malaysia. -
Pemeliharaan Budaya: menjalankan kempen kesedaran dan memperingati
budaya tempatan melalui acara budaya, promosi seni tradisional, dan
program pertukaran budaya. -
Akses kepada Pendidikan: memastikan setiap kanak-kanak dari keluarga
yang miskin mendapat akses kepada pendidikan berkualiti melalui pemberian
biasiswa, bekalan sekolah, dan sumber pendidikan seperti laptop dan
sebagainya. -
Akses kepada Perkhidmatan Kesihatan: meningkatkan akses kepada
perkhidmatan kesihatan, terutamanya di kawasan luar bandar yang
mempunyai sumber yang serba kurang, dengan menganjurkan kempen
kesihatan dan program pendidikan kesihatan. -
Bantuan Bencana: bertindak dengan pantas dalam situasi bencana alam
dengan menyediakan bantuan bencana, termasuk bantuan kecemasan,
tempat perlindungan, dan sokongan pemulihan. -
Pemberdayaan Wanita: memperkasakan kaum wanita melalui latihan
kemahiran, inisiatif mikrokewangan, dan kempen kesedaran untuk
menggalakkan sikap berdaya saing dan mempertingkatkan kebolehan kendiri.
Pasukan Pengasas Kami
PEKRAWI diasaskan oleh sekumpulan individu yang berkongsi matlamat yang sama - meningkatkan taraf hidup anggota komuniti setempat. Dengan idea asas yang berteraskan kebajikan dan setelah sekian lama terlibat dengan aktiviti komuniti, pasukan ini selalunya akan berada di barisan hadapan dalam misi ini, dengan harapan akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut serta dalam membawa perubahan yang bermakna untuk golongan yang memerlukan. Bersama-sama, semua ahli pengasas membawa dengan mereka pengalaman yang berbeza tetapi visi dikongsi bersama iaitu: untuk membina sebuah masyarakat di mana setiap orang mempunyai peluang yang adil untuk memajukan diri dan komuniti mereka, tanpa mengira latar belakang.

